Rahsia menjadi pengasas produk jenama sendiri

Teringin nak buat produk jenama sendiri? Nak jadi founder mcm Dato Sri Aliff Syukri dan lain-lain usahawan diluar sana? Mesti ramai pasang angan-angan untuk jadi macam mereka kan. Ada yang umur baru 20-30an dah kaya raya. Naik kereta mewah, rumah besar.

Jujur cakap membina perniagaan yang bernilai jutaan ringgit bukanlah mudah. Jalannya sangat berliku tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil. Semua orang boleh berjaya kalau berusaha dan tahu caranya. Agrotech dah lebih 10 tahun, kami sendiri tengok, ramai dah client kami dari tiada apa-apa, sekarang dah pon bergelar jutawan. Yang siap dapat Dato pon ada.

Tapi.. macam mana nak mula jadi founder produk ni? Saya yakin anda ada banyak persoalan yang bermain di fikiran sekarang ni.

  • Apa nak kena buat?
  • Macam mana nak mula?
  • Mana nak cari produk dan botol semua?
  • Nak buat produk pakai formula apa?
  • Bahan dalam produk tu pula?
  • Saya ada idea produk, ada ke kilang boleh tolong buatkan.
  • Macam mana nak dapatkan KKM dan sijil-sijil lain tu
  • Brapa modal nak kena ada?
  • Design kotak macam mana.
  • Macam mana nak pasarkan produk

Jika anda ada semua persoalan ni. Teruskan membaca. Sebab di artikel ini, saya akan berkongsi rahsia dan perkara penting yang anda perlu tahu untuk bermula sebagai seorang pengasas dan pemilik produk jenama sendiri. 

Buat di Kilang OEM​

edit semula

Bukan lagi rahsia, ramai jutawan produk sendiri di luar sana tu tak ada kilang sendiri pon. Mereka semua buat produk di kilang OEM. Japppp! OEM tu apa pula? OEM tu adalah singkatan untuk Original Equipment Manufacturer dimana kilang yang mempunyai pelbagai fasiliti perkilangan dan kepakaran akan membantu menghasilkan produk yang anda kehendaki. Mesin kilang punya tapi produk dan jenama adalah sepenuhnya milik anda.

Macam-macam jenis produk boleh dibuat di kilang OEM ni, antaranya supplemen, produk minuman, kosmetik bahkan alat ganti kenderaan pon ada. Agrotech Holdings sendiri juga merupakan kilang OEM. Kepakaran kami adalah dalam menghasilkan semua jenis produk makanan tambahan dan minuman. 

Beritau sahaja kilang OEM anda nak produk macam mana, kandungan apa, apa manfaat produk tu dan mereka akan bantu hasilkan formulasi dan keluarkan untuk anda. Anda hanya perlu sediakan modal wang dan kilang OEM akan bantu dari A hingga Z termasuk pensijilan dan sebagainya. Setiap kilang OEM mempunyai kepakaran yang berbeza jadi pastikan anda pilih kilang yang tepat mengikut produk yang anda ingin hasilkan.

Klik sini untuk baca 5 kelebihan buat produk melalui kilang OEM.

Produk apa yang patut saya hasilkan?

transparent-plastic-bottles-filled-with-yellow-substance-scaled

Jawapan kepada soalan ni hanya ada sahaja yang tahu. Anda kena tanya apa minat anda, kepakaran industri yang ada, kekuatan modal anda dan paling penting potensi produk yang anda ingin hasilkan. Tak kisah anda nak buat produk apa, yang penting jangan buat produk syok sendiri. 

Dan inilah kelebihan buat produk melalui kilang OEM. Sebabkan mereka dah berada lama dalam industri, mereka tahu jenis produk apa yang paling sesuai untuk dihasilkan dan mempunyai permintaan yang tinggi. 

Produk yang bagus semuanya ada satu persamaan. Mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna atau merealisasikan sesuatu keinginan. Dibawah adalah contoh soalan yang boleh digunakan untuk membantu anda menentukan jenis produk yang ingin dihasilkan. 

✅ Siapa bakal pengguna?
✅ Adakah produk kategori kehendak atau keperluan?
✅ Kadar persaingan?
✅ Kuasa beli pengguna?
✅ Trend produk terkini?
✅ Inovasi atau kelainan produk?

3 jenis produk kurus terbaik yang anda boleh hasilkan.

Modal yang diperlukan

pexels-photo-7681268

Jumlah modal permulaan bergantung kepada MOQ produk yang anda ingin hasilkan. MOQ adalah minimum order quantity. Setiap kilang mempunyai MOQ yang berbeza. Ada yang bermula serendah 100 unit sahaja.

Tapi produk sebegini, selalunya formula tersebut tidak eksklusif kepada anda seorang. Kilang akan menggunakan formula sama untuk mana-mana founder lain yang ingin membuat produk dengan mereka. Jimat dan mudah bagi yang baru nak bermula tetapi jika anda nak pergi jauh dalam bisnes, nasihat saya hasilkan produk dengan formula unik dan sepenuhnya milik anda.

Tapi berapa sebenarnya kos nak buat produk jenama sendiri dekat kilang OEM ni? Jujur cakap tiada jawapan yang tepat. Banyak faktor yang akan mempengaruhi harga seperti jenis produk, bahan kandungan, dan MOQ yang ditetapkan oleh kilang. 

Tetapi jika anda ingin hasilkan produk supplement dengan kami. Ini adalah pecahan kos yang terlibat bagi MOQ 1,000 unit. 

  • Kos per sachet berharga sekitar RM1 tolak tambah
  • Kos kotak pula adalah RM3

Jadi sebagai contoh, jika anda ingin buat 15 sachet sekotak, modal minimum anda harus keluarkan adalah RM18,000. 

Sepertinya yang dinyatakan kos adalah sangat subjektif. Jika lagi banyak produk dihasilkan maka kos per produk juga akan ikut menurun. Ada client kami kos kotak hanyalah RM1 lebih sahaja kerana menghasilkan dalam kuantiti besar.

Jika anda ingin mohon sijil halal dan KKM misalnya, kos akan ikut bertambah. Meskipun semua sijil ni tidak diwajibkan oleh kerajaan Malaysia tetapi ianya sangat membantu untuk meningkatkan keyakinan pembeli dan memudahkan urusan untuk masuk ke rangkaian kedai berjenama dan luar negara.

Mungkin ada yang merasakan kos ini agak tinggi, tetapi bagi usahawan yang berpengalaman, kaedah OEM adalah jalan paling mudah dan cepat untuk memulakan sesebuah perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. 

Strategi Pemasaran

what-is-a-marketing-strategy

Sebagai seorang pengasas produk jenama sendiri. Anda bebas memilih apa sahaja jenis pemasaran yang anda ingin lakukan. Anda tidak terikat dengan peraturan HQ seperti menjadi stokis atau ejen. Nak buat billboard boleh, nak main sistem ejen boleh, naik main ecom sahaja boleh, eh.. senang citer semua la boleh.

Tapi kena tengok bajet la juga. Kalau banyak duit semua benda boleh buat. Kalau bajet kurang, kena la lebihkan dekat free cost marketing atau guna sistem ejen. Sebagai pengasas produk, marketing adalah aspek terpenting yang anda perlu fokus. 

Jadi jangan pening kepala, biar part susah bahagian production kilang OEM yang uruskan. Anda fokus masa dan tenaga dekat bahagian yang menjana kekayaan anda.

Risiko Perniagaan

knowrisk-56fd587a5f9b586195c69845

Mana-mana perniagaan pasti akan ada risiko. Jadi sebagai seorang pengasas produk jenama sendiri yang menggunakan kaedah OEM anda perlu sedar akan risiko yang ada supaya tidak tersilap langkah dalam memulakan perjalanan bisnes anda. Antara risiko yang ada.

✅ Produk ditiru
✅ Disaman pembeli
✅ Produk tidak terjual
✅ Tersalah pilih produk
✅ Produk ada kandungan merbahaya
✅ Terbuat produk dengan ejen bukan kilang
✅ Kilang hasilkan produk tak ikut spesifikasi
✅ Kena tipu dengan rakan kongsi atau pembekal

80% masalah diatas dapat dielakkan jika anda membuat produk dengan kilang OEM yang tepat. Perkara yang menakutkan adalah apabila kita dah labur puluhan ribu kemudian produk terpaksa ditarik balik kerana ada isu dengan produk. Rugi satu hal, jenama dan reputasi peribadi pon boleh rosak. Jadi kita dah masuk ke soalan yang paling penting. 

Bagaimana ingin memilih kilang OEM yang tepat

IMG_5557jpg

1) Mempunyai sijil kualiti perkilangan

Tak kisah produk apa yang anda ingin hasilkan, pastikan kilang tersebut ada GMP. GMP merupakan singkatan kepada Good Manufacturing Practise atau bahasa melayunya Amalan Pengilangan Baik. Faktor kebersihan dan kawalan kualiti produk amat dititikberatkan bagi kilang bertaraf GMP.

Di atas adalah sijil-sijil yang dimiliki oleh kilang Agrotech. Kerana kami adalah kilang makanan tambahan dan minuman, jadi kami ada beberapa sijil tambahan bagi meningkatkan keyakinan client yang ingin membuat produk dengan kami. Setiap sijil mempunyai fungsi tersendiri bergantung kepada keperluan. 

2) Membantu memohon sijil bagi produk anda

Yang tadi adalah sijil milik kilang. Ada masih memerlukan sijil bagi produk anda. Untuk produk makanan dan minuman ada 3 jenis persijilan yang harus anda dapatkan. Yang pertama Halal, kedua sijil analisis nutirisi makanan dan ketiga sijil pengkelasan dan pelabelan produk dari KKM. 

Jika produk kosmetik pula, Sijil KKM dalam bentuk pelekat hologram perlu ada dan wajib dipohon. Ada sijil yang anda tidak perlu mohon, tetapi automatik logonya boleh dipamerkan di produk seperti MeSTI dan MyfoodTag dengan syarat kilang ada sijil tersebut. 

3) Cari kilang yang ada jabatan R&D

Ada orang cakap produk OEM ni semua lebih kurang je. Kalau tak nak sama, carilah kilang OEM yang ada jabatan R&D. Mereka ada kepakaran untuk menghasilkan formulasi produk yang khas dan unik untuk anda sorang sahaja. 

Tapi, kalau anda risau pasal bajet dan hanya ingin mencuba dalam kuantiti kecil dahulu, tak salah pon untuk terus dapatkan produk OEM yang jenis ready-made. Tampal je sticker jenama anda dan produk anda telah sedia untuk dipasarkan.

Macam Agrotech sendiri, dua-dua jenis perkhidmatan kami tawarkan. Nak jenis ready-made ada, yang custom formulation pon ada Setakat ni kami dah hasilkan lebih 1000 formulasi produk yang berbeza. Kami ada beribu jenis bahan mentah untuk menghasilkan produk-produk bagi client kami.

4) Cari kilang yang menawarkan perkhidmatan penuh

Point yang terakhir adalah cari kilang EOM yang menawarkan perkhidmatan penuh yang bermula dari formulasi, design, pembungkusan dan termasuk bantuan permohonan segala sijil yang diperlukan. Kalau buat asing-asing pening anda nanti di kemudian hari.

Baik.. itu sahaja yang saya ingin kongsi kali ini. Saya harap artikel ini membantu memberi pencerahan perkara-perkara penting yang anda perlu tahu sebelum memulakan perniagaan jenama sendiri.

Psstt.. Jika anda sedang mencari kilang OEM yang membuat produk makanan tambahan dan minuman jangan lupa hubungi Agrotech Holdings sekarang. 

Kongsi Artikel