Buat produk secara OEM? Ini dia 5 kelebihan yang anda akan peroleh!

Nak buat produk jenama sendiri ni mencabar. Lebih-lebih lagi kalau semua anda kena buat. Mujur adanya kilang OEM yang boleh membantu anda merealisasikan impian anda. 

Tapi ok ke buat dekat kilang OEM ni. Ke lagi berbaloi buat sendiri? Ini dia 5 kelebihan utama buat produk melalui kilang OEM

1. Jimat kos

Anda tidak perlu melabur kos yang tinggi bagi pembelian mesin, kos R&D, kos ujian produk dan kos mengajikan pekerja bahagian pengeluaran.

2. Kepakaran tinggi

Andat tidak perlu memiliki IQ yang tinggi dalam penghasilan formulasi. Dengan pengalaman yang ada pada pengilang, kami memiliki tenaga pakar yang mengkaji kesesuaian adunan dan juga rangkaian pembekal bahan mentah yang sesuai dan berkesan dengan produk yang ingin dihasilkan.

3. Kualiti

Antara cabaran utama adalah mengekalkan konsistensi kualiti produk yang dihasilkan. Yang bagusnya, kilang OEM sendiri yang akan memastikan ujian kualiti kawalan dilaksanakan. Produk akan melalui ujian kestabilan dan ujian fizikal di makmal untuk mengesan awal potensi kesan buruk pada pengguna. Selain itu juga, produk akan melalui prosedur dan SOP yang ketat sebelum produk diserahkan kepada pemilik.

4. Fokus

Cuma perlu memerah otak pada pemasaran dan jualan semata-mata manakala perihal penghasilan produk telah diselesaikan. 

5. ‘Economi of scale’

Kerana pelaburan jangka panjang anda bersama kami, penjimatannya akan mula dirasai apabila bilangan produk semakin bertambah. Permintaan pelanggan yang unik dan kompleks perlukan formulasi baru dihasilkan. Fasiliti pengilangan dan makmal yang ada memungkinkan anda masih kekal dan berdaya saing dalam pasaran.

Kongsi Artikel