Agrotech Holdings Sdn Bhd

Rahsia bina
empayar perniagaan
produk jenama sendiri

Kami merupakan kilang OEM / ODM berstatus 100% Bumiputera yang membantu anda untuk menghasilkan produk jenama sendiri lengkap dengan semua jenis persijilan seperti Halal, GMP, ISO22000, HACCP dan MeSTI dengan pengalaman lebih 10 tahun.

SIAPA KAMI

Agrotech Holdings Sdn Bhd yang terletak di Puncak Alam telah diasaskan pada tahun 2007 oleh 3 orang pengasas iaitu Dato’ Abul, Dato’ Nazri dan Datin Azlina dengan misi untuk membantu usahawan membina produk jenama sendiri secara OEM dengan lebih mudah dan cepat.

Bermula dari 2 buah unit bangunan, Agrotech Holdings kini telah berkembang sehingga mempunyai 12 unit termasuk sebuah kilang dan sebuah gudang dengan seramai 40 orang pekerja.

Kepakaran kami

Kami pakar dalam menghasilkan produk makanan dan minuman kesihatan yang berasaskan herba serta buah-buahan. Kami adalah one stop center yang membantu dari A-Z untuk anda dapatkan produk idaman anda. Kongsi dengan kami idea dan inovasi produk idaman anda dan kami akan bantu realisasikannya!

Antara produk yang kami hasilkan adalah

  • Detox
  • Probiotik
  • Kecantikan
  • Multivitamin
  • Akti oksidan
  • Nutrisi tenaga
  • Minuman botani
  • Jus buah-buahan
  • Kopi pra campuran
  • Kurangkan berat badan
  • Produk kesihatan dalaman
,

Sachet

Sama ada serbuk atau cecair, beritau sahaja kepada kami produk yang diinginkan dan kami akan bantu hasilkannya.

Minuman

Kami mampu menghasilkan semua jenis minuman botani, jus buah dan minuman berperisa sedia diminum (RTD).

Tablet

Kami juga mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk – produk dalam bentuk tablet menggunakan mesin berteknologi tinggi kami.

Pembungkusan

Berdasarkan produk yang anda ingin hasilkan, kami akan cadangkan bekas terbaik dari beratus pilihan yang ada sama ada dalam bentuk pouch bag, balang, bekas kaca atau kotak.

Siapa yang patut miliki produk jenama sendiri !

Sejak 2007, kilang kami telah melahirkan ramai usahawan yang kini telah bergelar jutawan!

4 langkah mudah untuk bermula

1) Temujanji

👉 Klik untuk baca..

Set temujanji untuk kita berjumpa sama ada di kilang kami di Puncak Alam, secara online atau dimana-mana mengikut keselesaan anda. Rundingcara adalah secara PERCUMA dimana kita akan berbincang mengenai formula, konsep, potensi pasaran, jenama, reka bentuk pembungkusan, sijil yang diinginkan dan kos keseluruhan untuk menghasilkan produk bersama kami. 

2) Sampel

👉 Klik untuk baca..

Kami akan mula membuat sampel berdasarkan formula yang anda beri atau formula hasil R&D kami sendiri yang mana ianya dibuat khas untuk anda (custom). Kos sampel adalah RM300 dimana ianya akan dipulangkan semula setelah proses pengeluran produk dijalankan. Sampel akan dihasilkan secara berulang kali sehingga ianya mencapai piawaian dan rasa yang anda kehendaki.

3) Reka bentuk

👉 Klik untuk baca..

Pasukan profesional kami akan membantu anda untuk menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang terbaik yang menyerlahkan identiti dan keunikan produk anda. Sijil-sijil seperti halal, analisis nutrisi makanan dan KKM juga akan dipohon untuk produk anda.

4) Pengeluaran

👉 Klik untuk baca..

Proses pengeluaran akan mula dijalankan berdasarkan MOQ yang telah dipersetujui. Anda boleh mengambil produk yang telah siap di kilang kami atau kami hantar terus ke premis anda. Anda kini telah bergelar pengasas produk jenama sendiri.

Jaminan kami

Produk dengan kualiti terbaik.

Kilang kami mempunyai GMP iaitu amalan perkilangan baik dan kami hanya mengeluarkan produk-produk halal yang berkualiti tinggi, berkesan, bersih, dan selamat sepenuhnya di fasiliti kami sendiri lengkap dengan semua jenis persijilan.

Tiada harga terselindung.

Anda dapat apa yang anda bayar. Kami tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi. Semuanya akan dinyatakan di dalam sebut harga kami. 

Formula unik dan 'powerful'

Kami telah menghasilkan lebih 1000 formulasi produk dan kami tidak pernah menggunakan formulasi yang sama untuk pelanggan kami. Kerahsian adalah pegangan kami.

Khidmat rundingan profesional

Kami akan memberikan khidmat nasihat, produk terbaik yang dapat dihasilkan mengikut trend dan pasaran semasa. Kami bantu realisasikan produk impian anda sampai jadi.

Hubungi kami sekarang dan realisasikan impian anda untuk bergelar jutawan produk jenama anda sendiri!