Mengenai Kami

Agrotech Corporation mula ditubuhkan pada tahun 2007 yang pada awalnya memfokuskan kepada aktiviti perniagaan pertanian dan penternakan. Kemudian pada tahun 2010, syarikat telah beralih kepada pengilangan secara kontrak (OEM) melihatkan kepada potensi besar industri ini. Pada tahun 2015, Agrotech Holdings telah didaftarkan dan kekal sehingga kini. 

Terletak di Puncak Alam, syarikat yang berstatus 100% bumiputera ini telah diasaskan oleh Dato’ Abul selaku Pengarah Urusan, Dato’ Nazri dan juga Datin Azlina. Agrotech Holdings merupakan kilang OEM / ODM yang membantu para usahawan untuk menghasilkan produk jenama sendiri lengkap dengan sijil Halal, GMP, ISO22000, HACCP dan MeSTI dengan pengalaman lebih 10 tahun. Syarikat memfokuskan kepada pengeluaran produk makanan dan minuman kesihatan tambahan dengan beribu jenis bahan mentah sedia dipilih oleh pelanggan untuk menghasilkan produk impian mereka.

Bermula dari hanya 2 buah unit bangunan, Agrotech Holdings kini telah berkembang sehingga mempunyai 12 unit termasuk sebuah kilang utama dan sebuah gudang dengan seramai 40 orang pekerja. 

edit semula
Ibu Pejabat Agrotech

No 5A, Jalan TIAJ 2/1, Taman Industri Alam Jaya, 42300, Bandar Puncak Alam, Selangor.

KILANG LAMA
Kilang Pemprosesan Utama

No 53-63, Jalan TIAJ 1/3, Taman Industri Alam Jaya, 42300, Bandar Puncak Alam, Selangor.

MTDC FRIM KEPONG
Kilang Cawangan Kepong

Block AF-TG10, FRIM-MTDC Technology Center, Forest Research Institute Malaysia, Jalan Kapur, Kepong, 52109, Kuala Lumpur. 

sijil

Kilang Agrotech merupakan kilang dengan amalan pengilangan baik (GMP), mempunyai akreditasi Halal, dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mempunyai sijil Myfood Tag, penerima pengiktirafan ISO, HACCP dan mempunyai sijil makanan selamat tanggungjawab industri (MeSTI).

Visi syarikat

Menjadikan sebuah syarikat pengilangan OEM bumiputera dan menjadi pilihan pelanggan yang terunggul, cemerlang dan profesional selaras dengan perkembangan teknologi terkini bagi produk produk berasaskan herba.

Misi syarikat

Menghasilkan produk berkualiti tinggi yang mampu menepati citarasa pelanggan dengan kos yang berdaya saing di pasaran.

Objektif syarikat

1. Membantu usahawan yang ingin menceburi bidang pemasaran produk yang berasaskan herba dengan menawarkan khidmat nasihat yang terbaik serta menghasilkan produk yang berkualiti.

2. Mempertingkatkan kemahiran serta pengetahuan pekerja melalui latihan yang berterusan dalam menghasilkan produk yang berkualiti.

3. Membantu usahawan baru dalam menghasilkan rekabentuk, perjenamaan serta formulasi produk dengan runding cara.

4. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk yang berterusan dalam mengenal pasti teknologi terkini serta permintaan pasaran semasa.

Hubungi kami sekarang dan realisasikan impian anda untuk bergelar jutawan produk jenama anda sendiri!