Nak buat produk kurus? Ini perkara penting yang anda wajib tahu terlebih dahulu.

Cakap pasal produk kurus, memang tak dinafikan memang bnyak produk sebegini dipasaran. Macam-macam bentuk ada. Dari sachet sampailah ke botol, tablet dan krim. Tapi kalau dah ramai sangat jual berbaloi ke nak buat produk kurus ni?

Sebenarnya sangat-sangat berbaloi. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 daripada 2 rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan. 

Tahun 1996 – peratus obesiti 4.4%
Tahun 2006 – peratus obesiti 14%
Tahun 2015 – peratus obesiti 17.7%
Tahun 2019 – peratus obesiti 19.7%

Untuk golongan dewasa, peratus jauh lebih tinggi menjadi 30.4% pada 2019 menurut Datuk Seri Dr. Adham Baba. Dari trend ni sahaja kita dah boleh lihat potensi pasaran untuk produk kurus yang sentiasa meningkat saban tahun.

Lebih 10 tahun lepas ketika Agrotech mula ditubuhkan sehinggalah sekarang, setiasa ada client yang datang untuk buat produk kurus dengan kami. Ada produk yang kami hasilkan masih kekal di pasaran dan yang hilang terus pon ada. Tapi itulah cabaran perniagaan. Bisnes ni keras bak kata Azri Walter.

Dekat mana nak buat?

Cara terbaik nak buat produk jenama sendiri adalah melalui kilang OEM. OEM adalah singkatan bagi Original Equipment Manufacture dimana kilang yang mempunyai pelbagai fasiliti perkilangan dan kepakaran akan membantu anda menghasilkan produk jenama sendiri.

Yes, anda boleh je buat produk tanpa melalui kilang OEM tapi tanyalah kepada mana-mana usahawan yang dah terlibat lama dalam bisnes. Pasti mereka akan recommend kilang OEM terutama jika baru nak bermula. Founder hanya perlu fokus kepada pemasaran dan jualan manakala urusan pengeluran produk semuanya telah diuruskan oleh kilang OEM.
 5 Kelebihan Kilang OEM

Ok lah, sekarang kita masuk ke topik yang paling penting iaitu jenis produk kurus yang anda dapat hasilkan. Untuk artikel ni saya lebih fokus kepada produk jenis makanan dan minuman sahaja.

Jenis produk kurus

1. Bakar Lemak

Antara produk kurus yang banyak dihasilkan oleh founder produk kurus. Juga dikenali sebagai fat burner. Produk ini berfungsi dengan cara memecahkan lemak dan lebih efektif bila pengguna bersenam.

Antara bahan utama yang dimasukkan adalah L-Carnitin. Bahan ini memang terbukti berkesan tetapi mempunyai rasa masam. Jadi produk fat burner selalunya akan dihasilkan dengan perisa buah-buahan seperti mango dan mix berry untuk menjadikannya masam-masam manis.

2. Detoks (Flushing)

Ha. Ni pon jenis yang biasa di pasaran. Produk detox ni berfungsi dengan cara membantu proses pembuangan sekaligus membuang toksik dari badan. Hasilnya badan akan lebih ringan dan cergas.

Untuk menjadikan produk jenis ni lebih berkesan dan baik untuk pengguna, kami akan masukkan bahan-bahan yang memberi tenaga dan menjaga kesihatan usus seperti prebiotik.

3. Bagi Rasa Kenyang dan Potong Selera Makan

Jenis produk ketiga biasa didapati dalam minuman seperti kopi. Saya sebut DAN kerana keduanya mempunyai fungsi yang berbeza dan bahan yang dimasukkan juga berbeza. 

Bahan tinggi serat seperti Apple Fiber akan memanjangkan tempoh penghadaman membuatkan rasa kenyang yang lebih lama. Bahan seperti Hodia pula apabila diambil akan menyekat selera makan. 

Kesimpulan

Ketiga-tiga jenis produk mempunyai pro dan kontra tersendiri. Anda boleh berbincang dengan kilang OEM produk apa yang sesuai untuk anda hasilkan mengikut sasaran pasaran anda. 

Bukan sekadar produk kurus, di Agrotech Holdings kami juga menghasilkan pelbagai jenis produk OEM dalam bentuk cecair, serbuk dan juga tablet. Kami mempunyai kepakaran dalam menghasilkan formula yang khas dan unik untuk  anda lengkap dengan semua jenis pensijilan.

Gambar-gambar produk kurus yang anda lihat diatas juga merupakan produk yang kilang kami hasilkan. Berkesan ke produk yang kami hasilkan? Semestinya. Anda boleh baca review produk mereka di Shopee dan Lazada. Berminat untuk hasilkan produk kurus jenama sendiri? Jom, hubungi kami sekarang!

Kongsi Artikel