5 langkah untuk membuat produk jenama sendiri melalui kilang OEM

Anda ada impian nak buat produk jenama sendiri? Nak tahu step penting sebelum mula. Untuk artikel kali ni saya akan kongsikan kepada anda 5 langkah untuk mula buat produk jenama sendiri melalui kilang OEM.  

Sebelum tu mari kita fahami dulu apa itu OEM. OEM adalah singkatan untuk Original Equipment Manufacturer dimana kilang yang mempunyai pelbagai fasiliti perkilangan dan kepakaran akan membantu menghasilkan produk yang anda kehendaki. Mesin kilang punya tetapi produk dan jenama adalah milik anda sepenuhnya.

1. Tentukan produk yang ingin dihasilkan.

Setiap orang pasti ada produk impian masing-masing. Johan mungkin ingin hasilkan produk untuk kurus. Atikah pula minat produk kosmetik. Jadi persoalan produk apa yang ingin dibuat tu sepenuhnya terpulang dekat anda. Tetapi jika anda ingin membina empayar perniagaan yang bernilai jutaan ringgit, maka anda perlu hasilkan produk yang mempunyai permintaan tinggi serta pasaran yang luas. 

Produk yang bagus adalah produk yang menyelesaikan masalah dihadapi oleh pengguna atau merealisasikan sesuatu keinginan. Dibawah adalah contoh soalan yang boleh digunakan untuk membantu anda menentukan jenis produk yang ingin dihasilkan. 

✅ Adakah produk kategori kehendak atau keperluan?
✅ Kadar persaingan?
✅ Kuasa beli pengguna?
✅ Trend produk terkini?
✅ Inovasi atau kelainan produk?

2. Cari kilang OEM

liquid

Selepas dah tahu nak buat produk apa, sekarang adalah masa untuk cari kilang yang boleh hasilkan produk tersebut. Google je cari kilang yang sesuai.  Agrotech Holdings sendiri pon merupakan kilang OEM. Kepakaran kami adalah dalam menghasilkan semua jenis produk makanan tambahan dan minuman. 

Beritahu kilang OEM tersebut anda nak produk macam mana, kandungan, manfaat produk dan kilang akan bantu hasilkan formulasi dan keluarkan untuk anda. Anda hanya perlu sediakan modal dan kilang OEM akan bantu dari A hingga Z termasuk pensijilan dan sebagainya. Setiap kilang OEM mempunyai kepakaran yang berbeza jadi pastikan anda pilih kilang yang tepat mengikut produk dan bajet yang ada. Ada kilang Minimum Order Quantity (MOQ) 1000 unit, ada pula 500 unit dan ada pula serendah 100 unit. 

Ada beberapa ciri penting bagi mengenalpasti kilang OEM yang bagus. Paling utama kilang tersebut mestilah ada GMP. GMP merupakan singkatan bagi Good Manufacturing Practice ataupun amalan pengilangan baik. Selain tu mereka ada beberapa sijil tambahan bagi membuktikan keupayaan dan kepakaran mereka. Diatas adalah contoh-contoh pensijilan yang dimiliki Agrotech. 

Mencari kilang OEM ni, yang terbaik adalah dapatkan kilang yang ada kepakaran R&D untuk menghasilkan formulasi produk. Formula yang unik dan khas untuk syarikat anda sahaja. Kita tak nak lah produk yang kita hasilkan sama dengan orang lain. Tapi kalau anda risau pasal bajet dan hanya ingin mencuba dalam kuantiti kecil dahulu, tak salah pon untuk terus dapatkan produk OEM yang jenis ready-made. Tampal je sticker jenama anda dan produk anda telah sedia untuk dipasarkan. 

3. Set temujanji untuk berjumpa

Hubungi nombor yang tertera di website dan nyatakan produk yang anda ingin hasilkan. Jika mereka memang boleh hasilkannya, barulah sesi temujanji biasanya akan diadakan samaada secara atas talian, hadir ke kilang atau dimana-mana lokasi yang dirasakan sesuai. 

Pastikan anda peroleh nombor dari laman web rasmi. Jika hanya sekadar dari laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain anda perlu berhati-hati kerana terdapat risiko individu tersebut adalah scammer. Mereka menggunakan nama kilang OEM sebenar untuk mengelirukan orang ramai. 

Setiap syarikat mempunyai proses yang berbeza tetapi hampir serupa. Di dalam meeting biasanya kita akan berbincang mengenai formula, konsep, potensi pasaran, jenama, cadangan harga jualan, reka bentuk pembungkusan, sijil yang diinginkan serta anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan produk yang anda inginkan. Di Agrotech, meeting akan bersama Pengarah Urusan syarikat iaitu Dato Abul yang juga merupakan pakar formulasi utama.

4. Sampel produk

Selepas meeting dan anda yakin akan kemampuan syarikat tersebut, sampel akan dihasilkan dan diberikan untuk anda cuba. Jika sample tersebut adalah custom-made, R&D perlu dijalankan untuk menghasilkan formula baru yang biasanya akan memakan masa sekitar 1-2 minggu.  Jika perlu, sample akan dihasilkan secara berulang kali sehingga ianya mencapai rasa dan piawaian yang dikehendaki. 

Jika sample jenis ready-made pula, anda akan menggunakan sample dengan formulasi yang telah tersedia dan jika ada perubahan hanya dari segi rasa sahaja. Ada sesetengah kilang menyediakan sampel secara percuma dan ada pula berbayar. Untuk Agrotech sendiri, kos sampel bagi produk custom-made adalah RM300 dimana ianya akan dipulangkan semula setelah proses pengeluaran produk dijalankan.

5. Pengeluaran

Sebut harga akan dikeluarkan oleh pengilang. Setelah anda bersetuju dengan MOQ dan segala kos terlibat barulah proses pengeluaran akan mula dijalankan. Kos sangatlah subjektif bergantung kepada jenis produk dan MOQ. Bagi produk kecantikan dan kesihatan, kos penghasilan produk akan bermula pada RM10 seunit. Kos pembungkusan pula akan bermula pada RM3 sekotak manakala kos pelesenan dan pensijlan seperti halal, analisis nutrisi makanan dan KKM diantara RM400-RM8000 bergantung kepada sijil yang diinginkan. 

Proses akan bermula dari penyediaan design bagi produk. Kebanyakan kilang OEM ada menyediakan khidmat graphic designer sama ada secara percuma atau berbayar. Reka bentuk yang dihasilkan haruslah mengikut garis panduan yang disediakan oleh badan berwajib seperti KKM dan Halal kerana perlu dihantar untuk mendapatkan kelulusan.

Dalam masa sama pihak pengilang akan mula memesan bahan-bahan yang diperlukan.. Setelah design kotak selesai, barulah kotak dapat dihasilkan dan proses pengeluaran sebenar dapat dijalankan. Bagi produk makanan tambahan dan minuman, tempoh keseluruhan akan memakan masa sekitar 2 bulan. Produk siap akan dihantar terus ke premis anda dan anda kini telah bersedia untuk bergelar pengasas produk jenama sendiri dan memasarkan produk ke mana-mana sahaja yang anda mahu.

Kongsi Artikel