Ada minimum order tak? (MOQ)
Bergantung kepada jenis produk yang ingin dihasilkan. Kami fleksibel dan akan bantu sesuaikan ikut keperluan anda.
Berapa kos nak buat OEM ni?
Kos biasanya akan mula pada harga ribu hingga ke puluh ribu bergantung kepada jenis produk dan persijilan yang anda ingin ambil.
Apa yang saya akan dapat dengan bayaran sampel RM300 tu?
Kami menawarkan sehingga 3 kali perubahan sampel untuk anda. Setiap sample; Tablet: 30-60 biji, Serbuk: 20-50 sachet, Cecair: 1 liter.
Produk apa yang sesuai untuk saya buat?
Jenis produk itu terpulang sepenuhnya kepada anda. Yang terbaik adalah anda berada dahulu dalam industri produk yang anda ingin jual untuk dapatkan pengalaman dengan memahami sasaran pelanggan terlebih dahulu.
Ada ‘ready formulation tak?
Ada. Kami ada banyak formulasi yang telah tersedia untuk anda guna dan hasilkan produk dengan lebih pantas.
Bagaimana nak tetapkan harga produk?
Kadangkala harga terlalu mahal buatkan orang tidak membeli. Harga yang terlalu murah juga membuat orang tidak yakin akan kualiti dan keberkesanan produk. Anda perlu fahami pembeli anda dan cari harga yang mereka ingin dan sanggup bayar. Namun kami akan mencadangkan harga jualan yang sesuai ikut produk yang anda hasilkan.
Produk saya akan ada logo KKM tak?
KKM ada 2 jenis iaitu ‘NOT’ dan ‘MAL’. NOT untuk produk luaran pakai di kulit. MAL pula untuk ubatan. Jadi produk makanan tambahan tidak perlu mohon melainkan anda memang ingin hasilkan produk lebih kearah perubatan.
Bagaimana pula dengan sijil Halal, HACCP dan ISO semua tu?
Semua sijil adalah tambahan dan tidak wajib ketika buat produk. Namun Agrotech boleh bantu mohon dengan tambahan kos yang berbeza mengikut sijil. Tempoh permohonan sijil halal kebiasaannya antara 3-6 bulan dan perlu diperbaharui setiap 2 tahun.
Adakah Agrotech akan bantu dari segi pemasaran produk?
Tidak, namun kami sedia berkongsi sebarang info dan memberi khidmat nasihat untuk membantu anda menjadi pemilik produk yang berjaya.